Translate

Thursday 27 June 2013

tanpa tajuk....

orang kata kepincangan berlaku dalam GiSB, benar ka? setakat ni macam dh reda sikit sok-sek-sok-sek, harap dh ok le... tapi lain pula halnya aku, aku tetiba berminta pulak nak membaca buku (imam mahadi) yg di tulis oleh salah seorang dari ahli GiSB, tapi aku tak pernah nampak kulit buku tu pun, bukan apa nak tahu juga kisah al mahadi ni dengan lebih dalam, menambah ilmu la kiranya,

thanks to hj deen pasal bg jawapan pada persoalan sy, but then i have more Q naw.... hehehe, nak juga tahu kalu umu jah tu salah, jadi siapa yang betul sebenarnya?dan apa pula tujuan Rumah Amal tu di wujudkan? bukan ke untuk berkhidmat pada masyarakat?

menanti jawapan.....
p/s sesiapa yang ada buku imam mahadi n taqwa tu, boleh tak bg sy pinjam....;)D

Monday 24 June 2013

RINDUKU....

rindu...adalah ungkapan mudah namun punya maksud berbeza, ada orang mudah sangat melafazkan rindu, ada juga yang terlalu sukar menyatakan rindu apatah lagi sayang, aku? rindu pada aku tak terlalu khusus, namun persoalannya boleh kah rindu itu terzahir dengan sendiri? halalkah rindu pada yang bukan halal bagiku, apakah menjadi dosa merindui insan yang bukan untukku, adakah dia tersiksa di "sana" kerana rinduku yang tak pernah padam buat dirinya,....

hari ini genap 7 tahun dia pergi menemui ilahi, aku senantiasa berdoa dan berharap agar dia bahagia di sana, dan dia bersama insan yang di sayangi allah, tapi aku bimbang apakah rindu ini akan menyeksa dia, menambah deritanya, ya allah kalau rindu ini menjadi sebab dia tersiksa dan di siksa, aku mohon agar kau padamkan rinduku padanya, lupakan lah aku pada dia, ya aku sedar apa yang terjadi ada hikmahnya, namun sehingga kini aku masih mencari hikmah itu, selepas pemergian dia aku memutuskan untuk menerima takdirku adanya, bila babah memutuskan aku perlu menikah dengan pilihannya aku terpaksa menurut, ya menurut, itu janjiku andai di usia 23 tahun aku gagal mendirikan rumah tangga maka aku kena akur pada perintah babah n umi, diam tak diam dah hampir 6 tahun usia pernikahanku ada 3 orang tentera yang comel dan penuh tenaga, kadang aku berharap dia masih ada, menmaniku saat aku sendiri, saat aku menangis, tapi tuhan punya rancangan sendiri, kini aku menumpang kasih sang suami yang halah bagiku, namun aku masih merasa bahagian kosong di sudut hatiku semakin besar dan luas, aku rindu padanya, pada senyumannya, pada kata semabgat yang sering dia titipkan buatku, ya allah aku mohon agar aku tidak hanyut dengan perasaan ini, aku perlu bangkit dari lena ini, kenyataan yang pahit namun adalah kehidupan yang perlu aku tempuhi, aku merindui sesuatu yang bukan pasti, aku sedar aku gagal menjadi isteri, gagal menjadi ibu dan gagal menjadi hamba allah yang sejati,.....

aku ber harap agar dia di rahmati allah, aku juga berharap agar aku tidak hanyut dalam rinduku pada dirinya, tuhan kau gantikan lah rinduku ini pada sesuatu yang halal dan layak bagiku...... buat mu....aku berharap agar kau damai di sisinya insyallah, aku akan selalu ingat pesanmu, agar aku selalu senyum dan bahagia, dan apabila aku melihat langit akan ada kamu di situ menanti aku mendongak melihat mu,.....kerana aku adalah si kecil yang perlu perhatianmu....hahaha itu yang kau sering katakan padaku, sehingga saat kau pergi dariku, di saat kau menghembuskan nafasmu yang terakhir, di saat kau berperang dengan sakitnya kematian, kau masih juga sempat berkata begitu padaku, aku tahu kau selalu berharap agar aku melalui semuanya dengan tabah dan bahagiakan?? i"ll do it...(al fatehah ini buatmu muhammad ikhwan abdullah) rindu ini juga buat mu, walau kau tak pernah menjadi suamiku tapi kau pernah menjadi calon suami ku yang terbaik, kau sahabatku yang setia, kau bahkan adalah hamba allah yang hidup semata-mata ingin mencari redhonya,

al fatehah.....

Sunday 23 June 2013

siapa lebih susah??

hari ni ada pogram penyerahan sumbangan untuk ibu tunggal n anak yatim, so agak gemuruh sebenarnya, yelah nikan pogram perintis,,,, semua orang nak tengok apa hasilnya,

minggu lepas aku buat round, yela nak cari keluarga yang menepati sasaran, so pusing sana sini, jumpa la satu rumah ni, ibu tunggal, anak sorang 10 tahun lelaki, sedih tengok, akak ni kudung kaki kanan, so dia guna   tongkat bila berjalan, aku tengok dia senyum je, macam orang tak ada masalah pun, dia tak ada pendapatan tetap, pasal dia tak boleh bekerja, dia cuma dapat bantuan kebajikan sabah, tu pun RM190 sebulan, agak korang la cukup tak untuk belanja dua beranak dan di gunakan selama sebulan? tanya aku? jujurla... tu belanja aku seminggu je kot,hehehe nampak tak?? tu tandanya memang tak cukup la belanja dia,

aku dah macam.....(fikir jap....) ok tak tau nak kata apa, cukup tak diaorang ni makan? anak dia macam mana? kakak ni story kat aku dia ni OKU sejak 14 tahun umur dia, 10 tahun lepas adik ipar dia rogol dia sampai mengandung, konon nak bertanggung jawabla kan, alih2 terabai jugakla dia ni, sedih aku tengok rumah dia ni, dah la muallaf pastu terpaksa pulah teruskan hidup terumbang ambing macam tu,

kalau aku tak tahu aku jadi apa dah, dulu aku rasa akula yang palng susah, sekarang ni aku sedar ada orang yang lebih susah dan derita dari aku.... kalau korang rasa korang susah, fikirla ada yang lebih susah dari korang tau....

p/s: porgam serahan sumbangan ni pogram keluarga...dan NGo, tak terlibat dengan mana2 parti politik tau... so aku nak ajak korang hulur sama bantuan ok.... nanti aku updet pic rumah akak ni,

Friday 21 June 2013

Hj Deen saya perlukan jawapan ;).!!!!!!

banyak perkara berlaku tanpa kita sedarkan? banyak juga perkara berlaku kerana kita, air mata dan senyuman silih berganti kan?? dan banyak perseoalan yang meraja di minda hingga mengangu fikiran, aku seperti biasa, menjadi pemerhati dunia sekeliling aku berlegar... hati dan jiwa menjadi racun dan penawar, aik?? apa aku merapu ni,,,,,, kikiki sabar jela,

oh ya aku sebenarnya nak cari hj Deen yg koment post aku hari tu, tntang pemimpin yang di janjikan, banyak sudut yang aku perhati dan nilai, aku kaji dan selidiki, ceh....dah macam orang nak amek PhD dah aku, ok bila makin banyak kita tahu, kita temui banyak perkara barukan, so banyak juga benda menarik minat aku untuk mengikutinya, antaranya kisah GisB, JakiM, dan belbagai lagi isu yang menarik, aku follow juga beberapa blog, banyak yang menarik minat aku, antaranya tentang wasilah, putera bani tamim, kisah syuib bin salleh, al mahadi dan banyak lagi, hari ni kalau Hj Deen baca post ini, aku berharap dia bagi penjelasan lengkap tentang siapa wasilah? apa kisah di sebalik kisah Thalut, dan apa pula yang terjadi pada abuya sebenarnya, banyak benda aku nak tanya lagi....

oklah aku harap ada la hj Deen respon balik ok.....

ramadhan.....datang!!!

dah lama tak post, rindu pulak rasanya ;))
okla korang semua aku harapkan sihat2 insyallah, aku?? alhamdulilah masih boleh menait ni maknanya sihatla, dalam sihat ni sebenarnya ada penyakit juga sebenarnya... (senyum jela...)

okla diam tak diam dah tinggal beberapa hari lagi nak puasa ramadhan kan?? hahaha sape tak ganti puasa lagi tu gantila cepat yerk, bukan pompuan je kna ganti puasa tau lelaki pun ramai je sebenarnya yang kena ganti puasani, pasal pompuan ada cuti di bagi tapi kalu lelaki rasanya tak de koootttt,

ok la selamat menyambut ramadhan al mubarak pada semua, rindu bertandang doa ku pohon agar ramahdan kali ini aku ketemu, moga aku berpeluang menikmatinya lagi, insyallah

Saturday 8 June 2013

siapa dia pemimpin kebenaran??

salam hormat......

rasanya macam hari2 updet blog ni, hehehe.. ok bukan sebab tak ada kerja lain, tapi kadang2 otak tak jalan buat kerja, so kena freshkan otak sikit, caranya melepaskan tekanan pada blog ni le.

tetiba nak story pasal pemimpin yang dijanjikan la pulak, ok siapa pemimpin yang di janjikan? adakah dia berada di zaman ni?? atau bagai mana ciri-ciri yang ada pada dirinya, takat ni hanya ada bayang yang tak berapa nak jelas tentang pemimpin tu kan? tapi sedarkah kita rasulullah ada memberitakan bahawa akan datang seorang lelaki dari timur bersama panji-panji hitam dan bersamanya ada satu jemaah@tentera. yang mana mereka ini telah di latih di didik dengan rasa kehambaan dan taqwa yang tinggi, apa bila kamu bertemu dengannya datangila dia walaupun merangkak di atas salji, dia pemimpin yang membawa kasih sayang dan keharmonian, tanda kezahirannya yang jelas adalah dia zahir ketika zaman sanggat rosak,

apa pandangan korang??
nanti aku baca lagi n kongsi lagi ye......nak sambung kerja jap.......;)

Friday 7 June 2013

Dewasa kah aku??

saban tahun usia makin meningkat dewasa@meningkat tua, bukan makin muda ok!! semakin tua tahu, dari 1,2,3,4 dan seterusnya, pejam celik dah nak hujung 20an dah aku, kikiki ingat makin tua ni makin matang dan dewasa k, macam tak je.....huhuhu sabar jela,

keadaan hidup kita tak sama, ada yg nak dekat2 sama tapi tak serupa pulak, cuma yg beza banyak bila tengok malaysia ni masih ok walau pun sesetengah perkara tu dah hampir macam orang luar dah, yg ketara dari segi pakaian, pergaulan@sosial, dan sesetengah kekacawan yang di ada-adakan, ok memang tak matang bab tu....dah tua tapi tak ada jati diri dan tak macam orang melayu dah aku tengok, semua nak merusuh, semua nak memberontak, tau tak memang padan la kalau tak jadi pemimpin kalau macam tu, tak kira parti mana sekali pun tetap sama kat mata aku, pati pemerintah juga sama, aku sebagai rakyat nak pemimpin tu yg boleh membawa keamanan dan kasih sayang kepada masyarakat dan rakyat dia.

pembangunan lahir tak seiring dengan pembangunan rohani, itu apa yg aku nampak dan aku rasa, kita semakin moden dan maju, bahkan di ketogorikan sebagai negara yg sedang pesat membangun, tapi kenapa aku rasa rohani kita tak membangun sama, bukitnya?? ramai sangat manusia yg bermasalah dan tak bertamadun kat malaysia ni, baik dari segi akhlak mahu pun pakaian,

aku bukan nak menghakimi sesiapa, tapi tengok la anak2 remaja sekaran, opss bukan yg sekarang ni je, yg seangkatan dengan akula senang nak cakap, pasal aku sebahagian dari mereka,kiranya identiti sebagai orang melayu tu dah hilang, pakaian dah macam orang barat, dari baju kurung btukar jadi baju T@bby t, dari skrt labuh jadi mini je, tu tak masuk lagi bab pergaulan.....fuh!!! dasyat habis.... kalu tanya bab solat?? sape boleh jawab?? ok la kalau tanya berapa waktu? 5waktu sehari semalam, cuba tanya masuk waktu jam berapa?? agak2 dalam 10orang berapa yg boleh jawab dengan tepat?? hahaha dah jadi macam ustazah pulak aku kan....

ni apa yg aku rasa....klu korang tak rasa, apa aku boleh cakap kan? kan?....
ok nak masak jap...maaf zahir dan batin ;))